
yang duduk tu sedang berdoa janganlah masuk he..he..he..
cun..cunn... beb.

Asalamualaikum,
Bergambar bersama pemain sape, muzik tradiosional
orang Ulu Sarawak
Dihadapan balai ketibaan Damai Laut Lumut.
Dihadapan balai ketibaan Damai Laut Lumut.
Asalamualaikum,
Gambar di atas diambil semasa kami sekeluarga bercuti di Damai Laut Resort & SPA, Lumut Perak. Kami berada selama 3 hari 2 malam di sana.
Damai Laut terletak di pinggiran bukit yang mengunjur ke laut. Sesuai dengan namanya resort ini sangat mendamaikan bagi keluarga untuk bercuti apatah lagi sangat romantik bagi pasangan yang baru berkahwin untuk menjadi tempat mereka berbulan madu. Resortnya menghadap kelaut berdepan dengan pulau Pangkur yang terkenal sebagai destinasi percutian bagi pelancung.
Di Damai Laut disediakan lapangan glof 18 lubang bagi pengunjung yang suka dengan permainan ini. Lapangan ini mempunyai cabarannya yang tersendiri bagi menguji kemahiran peminat sukan glof kerana suasana lapangan yang berbukit dan ditepi pantai dengan tiupan angin yang deras membuatkan pemain cukup tercabar.
Kos penginapan dan makanan di sini sangat berpatutan dan mampu bagi semua orang. Sebaik-baiknya bagi sesiapa yang ingin berkunjung cuba dapatkan diwaktu permosi package percutian kerana kosnya sudah dikurangkan.
Bercuti di Damai Laut Resort and Spa di Lumut Perak bersama keluarga.
BalasPadamCuti-cuti Malaysia..:-)
BalasPadam